Jumaat, 19 November 2010

SEJARAH SK BANDAR SERI PUTRA

SKBSP ialah sekolah yang pertama dibina dalam Rancangan Malaysia ke 9. Majlis pecah tanah sekolah tersebut telah disempurkan pada 18 Ogos 2005.Ia telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn selaku Menteri Pendidikan pada ketika itu. Sekolah tersebut dijangka dapat disiapkan dan dalam tempoh 3 tahun.

Lokasi sekolah ini ialah di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Bandar Seri Putra ialah satu taman perumahan yang dibangunkan oleh Syarikat UMLand Sdn Bhd, yang berpotensi berkembang menjadi sebuah Bandar baharu. Pembinaan sekolah ini adalah untuk menampung keperluan penduduk di taman ini dan taman-taman yang berhambpiran antaranya Bandar Bukit Mahkota dan Taman Impian Putra.

Walaupun perancangan mendirikan sekolah ini mengambil masa selama 3 tahun, namun ia tidak dapat direalisasikan dalam tempoh tersebut akibat daripada masalah-masalah pihak kontraktor. Atas desakan oleh penduduk, sekolah tersebut terpaksa memulakan operasinya pada 5 Januari 2009 dengan menumpang di sekolah Kebangsaan Bangi yang berhampiran.Keadaan di SK Bangi ketika itu berada dalam keadaaan yang kurang selesa kerana bilangan pelajar yang ramai berbanding kemudahan bilik darjah yang ada di sana.Keadaan ini berlarutana sehinggalah kepada bulan Jun 2009.

Akhirnya pada 29 Jun 2009, bangunan SKBSP yang belumpun siap sepenuhnya pada ketika itu menerima pelajar sulungnya terdiri daripada pelajar tahun 1 sehingga tahun 5 sahaja. Pelajar-pelajar tersenyum riang berada di sekolah baru tesergam indah, manakala ibu bapa tersenyum lega.

Rekabentuk bangunan sekolah ini jauh berbeza dengan bangunan sekolah lain sebelum ini.Bangunan pendidikan terdiri daripada 3 bangunan 3 tingkat dilengkapi dengan sebuah dewan tertutup, sebuah dewan terbuka, sebuah bangunan 2 tingkat pra sekolah dan dan sebuah bangunan kantin.

Bilangan pertama pelajar sekolah ini adalah seramai 1986 orang manakala bilangan guru pula adalah seramai 98 orang dan 4 orang pekerja . Pada tahun 2009 SKBSP beroperasi untuk satu sesi sahaja. Namun pada Tahun 2010 dua sesi dijalankan kerana bilangan pelajar yang bertambah ramai.Pada tahun 2010 ini jugalah anak sulung SKBSP menduduki peperiksaan UPSR untuk pertama kalinya. Kepada merekalah harapan disandarkan oleh semua pihak bagi mencipta kejayaan cemerlang dan mengukir nama baik sekolah. Malah kejayaan mereka jugalah yang bakal menjadi kayu pengukur sekolah ini untuk tahun-tahun seterusnya. SKBSP Berusaha, Berilmu dan Berbakti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan