Jumaat, 19 November 2010


KATA ALUAN CIKGU ARPAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Kairuddin dari IPG Raja Melewar iaitu pensyarah pembimbing saya, rakan sekuliah, semua warga sekolah terutamanya Unit ICT SKBSP atas kerjasama mewujudkan Laman Sesawang Bersama Cikgu Arpah ini. Semoga usaha ini akan berterusan dan sentiasa berkekalan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah ini.

Saya juga mengharapkan semoga usaha ini selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan penggunaan ICT sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Saya yakin dan percaya bahawa ICT adalah medium terbaik untuk menyampaikan maklumat dan ilmu kepada murid-murid. Saya berharap semua murid-murid SKBSP dapat memanfaatkan laman sesawang ini sebaik mungkin demi mengejar ilmu.

Semoga laman web ini akan dapat mempereratkan silaturahim dan hubungan muhibbah dengan semua pihak, terutama untuk meningkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana negara ini.

Oleh yang demikian, saya amat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkatkan usaha dan khidmat bakti mereka untuk menjanakan kecemerlangan sekolah ini ke mercu kejayaan.Juga saya mengharapkan kerjasama daripada guru-guru Bahasa Melayu khasnya, marilah sama-sama kita membangunkan laman sesawang ini secara berterusan. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik berkemampuan menabur bakti untuk memperkasa sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga dengan kewujudan laman sesawang ini murid-murid dapat mempertingkat usaha untuk menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan amat berguna dalam kehidupan kita pada zaman ini.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman sesawang ini.

Insya-Allah, dan mudah-mudahan sekolah ini akan terus Berusaha, Berilmu dan Berbakti

PUAN ARPAH BT ABU ZARIM

PENULIS BLOG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan