Jumaat, 19 November 2010


KATA ALUAN GURU BESAR

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang menyampaikan sepatah dua kata di ruangan ini. Syabas dan tahniah atas usaha untuk membina laman blog Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra ini. Moga dengan adanya laman blog ini akan membantu warga SKBSP mendapatkan maklumat dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat luar.

Di kesempatan ini saya menyeru kepada semua guru agar berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti dengan memperkayakan ilmu dan kemahiran. Setiap guru perlu peka terhadap perubahan semasa bagi melaksanakan tugas sebagai pendidik yang makin mencabar. Peranan guru turut berubah dan para guru mestilah bersedia untuk berubah. Moga misi dan visi sekolah kita menjadi relaiti pada tahun 2010 ini.

Visi dan misi yang kita harapkan sudah tentu akan tercapai sekiranya ada kesungguhan yang padu dari guru, murid dan ibu bapa. Murid-murid perlulah menunjukkan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Murid-murid perlu berusaha menjadi pelajar yang berakhlak mulia dan berketrampilan.

Akhir kata saya mendoakan kejayaan untuk semua murid dalam pelajaran dan apa jua bidang yang diceburi.

Berusaha, Berilmu dan Berbakti.

Puan Normah bt Kasim

Guru Besar SK Bandar Seri Putra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan