Jumaat, 19 November 2010


KATA ALUAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU SKBSP

Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Panitia Bahasa Melayu SKBSP, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman sesawang Bahasa Melayu Bersama Cikgu Arpah ini.

Semoga blog ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman sesawang ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.


Puan Afidah bt Saidi

Ketua Panitia Bahasa Melayu

SKBSP.


KATA ALUAN CIKGU ARPAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Kairuddin dari IPG Raja Melewar iaitu pensyarah pembimbing saya, rakan sekuliah, semua warga sekolah terutamanya Unit ICT SKBSP atas kerjasama mewujudkan Laman Sesawang Bersama Cikgu Arpah ini. Semoga usaha ini akan berterusan dan sentiasa berkekalan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah ini.

Saya juga mengharapkan semoga usaha ini selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan penggunaan ICT sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Saya yakin dan percaya bahawa ICT adalah medium terbaik untuk menyampaikan maklumat dan ilmu kepada murid-murid. Saya berharap semua murid-murid SKBSP dapat memanfaatkan laman sesawang ini sebaik mungkin demi mengejar ilmu.

Semoga laman web ini akan dapat mempereratkan silaturahim dan hubungan muhibbah dengan semua pihak, terutama untuk meningkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana negara ini.

Oleh yang demikian, saya amat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkatkan usaha dan khidmat bakti mereka untuk menjanakan kecemerlangan sekolah ini ke mercu kejayaan.Juga saya mengharapkan kerjasama daripada guru-guru Bahasa Melayu khasnya, marilah sama-sama kita membangunkan laman sesawang ini secara berterusan. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik berkemampuan menabur bakti untuk memperkasa sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga dengan kewujudan laman sesawang ini murid-murid dapat mempertingkat usaha untuk menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan amat berguna dalam kehidupan kita pada zaman ini.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman sesawang ini.

Insya-Allah, dan mudah-mudahan sekolah ini akan terus Berusaha, Berilmu dan Berbakti

PUAN ARPAH BT ABU ZARIM

PENULIS BLOG


KATA ALUAN GURU BESAR

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang menyampaikan sepatah dua kata di ruangan ini. Syabas dan tahniah atas usaha untuk membina laman blog Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra ini. Moga dengan adanya laman blog ini akan membantu warga SKBSP mendapatkan maklumat dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat luar.

Di kesempatan ini saya menyeru kepada semua guru agar berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti dengan memperkayakan ilmu dan kemahiran. Setiap guru perlu peka terhadap perubahan semasa bagi melaksanakan tugas sebagai pendidik yang makin mencabar. Peranan guru turut berubah dan para guru mestilah bersedia untuk berubah. Moga misi dan visi sekolah kita menjadi relaiti pada tahun 2010 ini.

Visi dan misi yang kita harapkan sudah tentu akan tercapai sekiranya ada kesungguhan yang padu dari guru, murid dan ibu bapa. Murid-murid perlulah menunjukkan kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Murid-murid perlu berusaha menjadi pelajar yang berakhlak mulia dan berketrampilan.

Akhir kata saya mendoakan kejayaan untuk semua murid dalam pelajaran dan apa jua bidang yang diceburi.

Berusaha, Berilmu dan Berbakti.

Puan Normah bt Kasim

Guru Besar SK Bandar Seri Putra.

PROFIL SK BANDAR SERI PUTRA

VISI

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI PUTRA AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG AKADEMIK 2015.

MISI

  1. MEMASTIKAN PENGURUSAN SEKOLAH TULUS DAN TELUS.
  2. MEMASTIKAN SEMUA DASAR KURIKULUM KEMENTERIAN DILAKSANAKAN 100%.
  3. MELAKSANAKAN PENGURUSAN KOKURIKULUM MENGIKUT ASAS YANG TELAH DITETAPKAN.
  4. MEMASTIKAN IKLIM SEKOLAH KONDUSIF UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
  5. MENJADIKAN HUBUNGAN YANG RAPAT DAN BEKERJASAMA DENGAN INSTITUSI YANG BERKAITAN.

MATLAMAT / OBJEKTIF

SEKOLAH DIUJUDKAN UNTUK MASYARAKAT DAN SEBAGAI INSTITUSI MASYARAKAT.MATLAMAT SEKOLAH UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR BERPOTENSI KE ARAH KECEMERLANGAN AKADEMIK, SAHSIAH, DAN KOKURIKULUM.DISAMPING DAPAT MELAHIRKAN INSAN YANGKREATIF.

PIAGAM PELANGGAN

  1. MEMBERI LAYANAN MESRA KEPADA SEMUA PIHAK YANG BERKAITAN DENGAN SEKOLAH.
  2. MEMASTIKAN ANAK DIDIK MENDAPAT YANG TERBAIK.
  3. MENGGILAP, MENAMPILKAN ANAK DIDIK DALAM BIDANG KOKURIKULUM.
  4. MEMBINA SAHSIAH MURID MENJADI ANAK-ANAK YANG BAIK DAN BIJAKSANA.
  5. MENYEDIAKAN SEKOLAH YANG KONDUSIF UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
  6. MENJALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN PIHAK SEKOLAH.
  7. SENTIASA BERSEDIA MELAKSANAKAN DASAR-DASAR YANG DIARAHKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN.

SLOGAN SK BANDAR SERI PUTRA

BERUSAHA, BERILMU DAN BERBAKTI

SEJARAH SK BANDAR SERI PUTRA

SKBSP ialah sekolah yang pertama dibina dalam Rancangan Malaysia ke 9. Majlis pecah tanah sekolah tersebut telah disempurkan pada 18 Ogos 2005.Ia telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn selaku Menteri Pendidikan pada ketika itu. Sekolah tersebut dijangka dapat disiapkan dan dalam tempoh 3 tahun.

Lokasi sekolah ini ialah di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Bandar Seri Putra ialah satu taman perumahan yang dibangunkan oleh Syarikat UMLand Sdn Bhd, yang berpotensi berkembang menjadi sebuah Bandar baharu. Pembinaan sekolah ini adalah untuk menampung keperluan penduduk di taman ini dan taman-taman yang berhambpiran antaranya Bandar Bukit Mahkota dan Taman Impian Putra.

Walaupun perancangan mendirikan sekolah ini mengambil masa selama 3 tahun, namun ia tidak dapat direalisasikan dalam tempoh tersebut akibat daripada masalah-masalah pihak kontraktor. Atas desakan oleh penduduk, sekolah tersebut terpaksa memulakan operasinya pada 5 Januari 2009 dengan menumpang di sekolah Kebangsaan Bangi yang berhampiran.Keadaan di SK Bangi ketika itu berada dalam keadaaan yang kurang selesa kerana bilangan pelajar yang ramai berbanding kemudahan bilik darjah yang ada di sana.Keadaan ini berlarutana sehinggalah kepada bulan Jun 2009.

Akhirnya pada 29 Jun 2009, bangunan SKBSP yang belumpun siap sepenuhnya pada ketika itu menerima pelajar sulungnya terdiri daripada pelajar tahun 1 sehingga tahun 5 sahaja. Pelajar-pelajar tersenyum riang berada di sekolah baru tesergam indah, manakala ibu bapa tersenyum lega.

Rekabentuk bangunan sekolah ini jauh berbeza dengan bangunan sekolah lain sebelum ini.Bangunan pendidikan terdiri daripada 3 bangunan 3 tingkat dilengkapi dengan sebuah dewan tertutup, sebuah dewan terbuka, sebuah bangunan 2 tingkat pra sekolah dan dan sebuah bangunan kantin.

Bilangan pertama pelajar sekolah ini adalah seramai 1986 orang manakala bilangan guru pula adalah seramai 98 orang dan 4 orang pekerja . Pada tahun 2009 SKBSP beroperasi untuk satu sesi sahaja. Namun pada Tahun 2010 dua sesi dijalankan kerana bilangan pelajar yang bertambah ramai.Pada tahun 2010 ini jugalah anak sulung SKBSP menduduki peperiksaan UPSR untuk pertama kalinya. Kepada merekalah harapan disandarkan oleh semua pihak bagi mencipta kejayaan cemerlang dan mengukir nama baik sekolah. Malah kejayaan mereka jugalah yang bakal menjadi kayu pengukur sekolah ini untuk tahun-tahun seterusnya. SKBSP Berusaha, Berilmu dan Berbakti.

Ahad, 7 November 2010

Hikayat Sang Kancil dan Monyet




Aktiviti pasca UPSR

Pelajar-pelajar semua, tontoni video di atas dan tuliskan sinopsis cerita tersebut dalam bentuk tulisan berangkai dan hantar kepada saya sebelum 17 November 2010. 3 orang pemenang akan menerima hadiah.



Kenali guru-guru Bahasa Melayu SKBSP
Ketua Panitia


AFIDAH SAID
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN

ARPAH ABU ZARIM
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN

ZUBAIDAH ARBAK
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN


RUZILAWATI ISMAIL
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN (KPLD )

HASLINA AHMAD KHAIRUDDIN
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN ( KPLI )


MOHD FUDHALI RAZALI
KELULUSAN: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN



SITI MAZLINA SELAMAT
KELULUSAN: DIPLOMA PERGURUAN ( KPLI )

SUZILAWATI MOHAMAD
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN

JUNAIDI SIDEK
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN

ASNAH ABD AZIZ
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN

NORHAFIDZAH AB KASIM
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN (KPLI )

ZAIPAH TAHAR
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN

MASTURA TARIMAN
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN

NAJAH HJ MD NOR
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN

RAHEAH HABEB
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN

NURMASTURA ABDULLAH
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN

AZIAN ABD KADIR
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN

ZAKIAH ESA
KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDKAN (KPLI )

KELULUSAN: DIPLOMA PENDIDIKAN




Isnin, 6 September 2010

TUGASAN CUTI HARI RAYA





TULIS LIMA PENGAJARAN BERPANDUKAN VIDEO INI

Jumaat, 3 September 2010

sambutan kemerdakaan 2010





Perarakan murid PBSM



Perarakan Kadet Remaja Sekolah


Pakaian beragam murid Pendidikan Khas

Khamis, 17 Jun 2010

Tugasan baru


Tulis sebuah karangan yang bertajuk Saya Sekuntu Bunga Mawar. Karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 120 patah perkataan. Hantar kepada saya selewat-lewatnya pada 30 Jun 2010.

Rabu, 16 Jun 2010

Asalamuaikum, pelajar- pelajar cikgu,sila siapkan tugasan anda. Saya sekarang sedang berkursus di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban.